Pernah terfikir salon yang hanya menyediakan perkhidmatan wash dan blow? Ataupun wanita yang tidak sempat bersiap ke tempat kerja dapat singgah ke salon yang menyediakan perkhidmatan seperti ini yakni basuh dan kering? Rasanya masih belum ada lagi.
Disebabkan itu, Simpli Dry, The Blow Dry Bar di Batai Village, Jalan Batai ini memudahkan semua wanita yang berkarier. Apa tidaknya, sebelum anda ingin ke sesuatu tempat, anda boleh singgah ke sini untuk menyiapkan rambut – wash dan blow, langsung tidak memerlukan masa yang lama. Sangat mudah, bukan?
Simpli Dry memastikan setiap wanita yang datang, keluar dengan penampilan cukup anggun dan berseri. Untuk makluman anda, Simpli Dry merupakan sebuah ‘blow dry bar’ yang meyediakan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan, serta manicure dan pedicure.
Jadi, jika anda bergegas ke mesyuarat awal pagi ataupun ingin ke majlis penting, Simpli Dry adalah tempat terbaik untuk menjadikan anda kelihatan rapi dengan cepat semasa membuat rawatan yang berkualiti daripada para profesional di sana.
Selain itu, Simpli Dry juga mempunyai suasana premium cukup sempurna dan menenangkan ditambah lagi dengan rona merah jambu yang menghiasi dekorasi salon, cukup menyerlah sekali.
Hadiah untuk setiap perkhidmatan yang disediakan juga berpatutan.
- Wash & Blow – RM38
- Blow Dry Only – RM28
- Updo – tambahan RM15
- Treatments – bermula RM50
- Shoulder Massage 10 min – RM15
- Scapl Massage 10 min – RM10
- Basic Manicure – RM35
- Basic Pedicure – RM45
- Spa Manicure – RM90
- Spa Pedicure – RM125
- Spa Pedicure Mask till Knee – RM175
- Footlogix Treatment – RM65
- Colour Gel Hand/Feet – RM60
- Nail Art – RM3 ke atas
- 3D Nail Art – RM15 ke atas
Simpli Dry merupakan saluran sempurna untuk wanita yang memerlukan rawatan agar kelihatan sempurna. Ia terletak di Batai Village dengan waktu operasi di awal 7.30 pagi – 7:30 petang, pada setiap hari Isnin – Ahad.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Simpli Dry www.simplidry.com atau Facebook Simpli Dry.