Bahan-Bahan
500g udang (dibersih, buang kepala dan ekor)
1 biji bawang besar (dipotong berbaji)
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping (jika perlu)
Ditumbuk lumat / dikisar:
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
*boleh tambah cili api jika sukakan pedas
Cara-Cara Penyediaan
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sehingga layu dan terbit bau wangi, kemudian masukkan tempoyak.
- Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak. Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi.
- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan, biarkan bawang besar layu.
- Masukkan udang dan dikacau rata semua bahan. Rasa sambal, jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis.
- Rasa garam, jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula.
- Bila udang sudah masak, api dapur boleh ditutup.
- Siap! Sedia untuk dihidangkan.
*tambah atau kurang bahan adalah mengikut citarasa masing-masing
[Sumber]