Pembelian yang hebat sememangnya adalah impian semua pengguna! Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya memperkenalkan telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy J kepada pegguna Malaysia. Telefon pintar ini bukan sahaja serba lengkap malahan ditawarkan dengan harga yang menarik.
Mampu menangkap foto yang lebih menawan di hujung jari
Kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP berserta flash memudahkan rakaman gambar dan video yang berkualiti walaupun dalam suasana malap.
Foto selfie anda juga akan bertambah baik dengan penggunaan Flash Hadapan dan Mod Kecantikan Muka. Di samping itu, fungsi Palm Selfie berupaya mengesan tapak tangan anda dan membolehkan pengambilan gambar hanya dengan lambaian tangan.
Samsung Galaxy J juga dilengkapi dengan fungsi pelancaran pantas yang membolehkan pengambilan gambar secara serta merta hanya dengan dwiklik pada butang ‘home’.
Samsung Galaxy J mampu menyimpan segala gambar anda dengan memori penyimpanan tambahan sehingga128GB MicroSD. Mulalah bergambar sekarang!
Nikmati paparannya
Terima kasih kepada resolusi HD 1280 x 720 bagi menghasilkan gambar yang berkualiti dengan paparan skrin Super AMOLED sebesar 5.5 inci (Galaxy J7) dan 5.0 inci (Galaxy J5), anda boleh menikmati imej yang jelas bak kristal dan menonton video atau membaca e-mel dengan selesa.
Reproduksi warna RGB menghidupkan kembali warna semulajadi dan nisbah kontras yang menakjubkan menjadikan segalanya kelihatan lebih baik.
Prestasi unggul
Galaxy J bukan sekadar kelihatan hebat di permukaan tetapi telefon pintar ini juga menawarkan CPU yang dipertingkatkan untuk pemprosesan dan prestasi yang pantas serta lancar.
Pemproses 1.5GHz Octa-Core (Galaxy J7) dan 1.2GHz Quad-Core (Galaxy J5) sedia memenuhi segala keperluan tugasan termasuk melayari laman web dan permainan secara lancar untuk memaksimumkan kepuasan.
Tambahan pula, hayat bateri yang telah dipertingkatkan dan pilihan untuk beralih kepada mod Ultra Power Saving semasa kecemasan akan memanjangkan jangka hayat bateri dan membolehkan pengguna melakukan lebih banyak tugasan tanpa perlu bimbang akan keperluan untuk mengecas semula bateri.
Galaxy J5 dan Galaxy J7 boleh didapati di Malaysia mulai dari 31 Julai 2015 dalam pilihan warna Emas, Putih dan Hitam pada harga runcit yang disyorkan, masing-masing RM799 untuk Galaxy J5 dan RM999 untuk Galaxy J7 (termasuk 6% GST).
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari http://www.samsung.com/my.