Pernahkah terlintas dalam fikiran anda bahawa alangkah baiknya kalau ada lebih daripada 24 jam dalam sehari supaya anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti setiap hari? Sebenarnya anda boleh menguasai setiap detik hari anda dengan mengikuti perkembangan teknologi terkini dan memanfaatkan kelebihan peranti tanpa wayar.
Anda akan diyakini kerana sentiasa sedia dan cekap untuk melakukan seberapa banyak tugasan yang diamanahkan dalam sehari; menyiapkan dokumen kerja anda dan menghantarnya terus kepada bos melalui e-mel sebelum anda menonton rancangan TV kegemaran anda atau bermain permainan dalam talian kegemaran untuk mara ke peringkat seterusnya.
Kini anda tidak perlu lagi membawa komputer riba anda yang berat ke sana sini, anda hanya memerlukan Galaxy Tab A. Hidupkan peranti dan edit kerja anda di mana-mana sahaja.
Catatkan butiran tentang saat berharga dengan S Pen yang intuitif supaya anda boleh mengenang kembali pengalaman lalu satu hari nanti. Sungguh mudah untuk menulis di atas skrinnya, semudah menulis di atas buku nota fizikal, baik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, bahkan dalam aksara Cina yang rumit mahupun kata berangkai indah bahasa Tamil.
Membaca atau mengedit kerja anda pada skrin kecil sungguh meletihkan, namun jangan biar hal ini menghalang anda daripada memanfaatkan sepenuhnya hari anda. Cubalah skrin Galaxy Tab A dengan nisbah saiz 4:3 yang terbaik dan anda mungkin tidak mahu melepaskan genggaman.
Ingin bercuti tetapi bimbang anda rasa bosan? Hilangkan rasa bosan dengan hiburan segera. Terdapat pelbagai isi kandungan Galaxy Gift yang memberikan aplikasi produktiviti terbaik dan juga aplikasi yang menghiburkan anda. Cubalah permainan seperti The Hobbit: Kingdoms of Middle Earth atau serlahkan daya kreativiti anda dan cetus inspirasi dengan aplikasi seperti ArtRage dan SketchBook for GALAXY.
Samsung Galaxy Tab A boleh didapati dalam dua saiz skrin 8” dan 9.7”, dan dijual pada harga runcit disyorkan RM1,299 dan RM1,599 (harga termasuk GST) di semua Gedung Samsung Experience dan pengedar sah Samsung. S Pen disediakan untuk kedua-dua saiz dan Samsung Tab A juga boleh didapati dalam tiga warna: Putih Pasir, Hitam Pasir dan Titanium Kelabu.
Untuk kandungan multimedia dan maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy Tab A, sila layari www.samsung.com/my atau kunjungi laman Facebook Samsung Mobile Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.