Syawal yang dinanti menjelang lagi. Raikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri ini dengan kehadiran mesin basuh serba baru untuk anda sekeluarga. Memperkenalkan, mesin basuh inovatif Samsung activ dualwash™ yang direka khusus untuk menguruskan cucian dan sekali gus menyenangkan tugas anda!
Samsung Malaysia Electronics memeriahkan perayaan Hari Raya ini dengan menawarkan rebat serta-merta sehingga RM200 dengan pembelian model Samsung activ dualwash™ yang terpilih dari 4hb Julai hingga 17hb Julai 2015. Dengan mesin basuh baru ini, mudahkan tugasan membasuh cucian anda tanpa perlu bersakit badan lagi.
Membasuh cucian merupakan salah satu aktiviti yang boleh memenatkan badan. Anda perlu berdiri, menarik, membongkok, memulas dan mencapai – aktiviti yang semestinya memenatkan badan. Mesin basuh muatan tinggi terbaru daripada Samsung mengatasi masalah ini dengan satu ciri mudah tetapi serba canggih – activ dualwash™. Bahagian atas mesin basuh activ dualwash™ menempatkan singki terbina di dalam dengan jet air dan permukaan menyental yang lembut. Berbanding dengan postur biasa ketika membasuh dengan tangan seperti membongkok atau berdiri di sebelah besin rendah, singki activ dualwash™ yang terbina di dalam mengurangkan ketegangan otot; sekaligus meringankan beban proses pra-cucian.
Jimat lebih dengan rebat serta-merta sehingga RM200 apabila anda membeli model activ dualwash™ terpilih yang boleh didapati dalam empat kapasiti 11kg, 12kg, 14kg dan 16kg, direka untuk memenuhi keperluan berlainan anda.
Belilah sebuah sekarang atau bila-bila sehingga 17 Julai di kedai-kedai terpilih yang menyertai promosi ini di Lembah Klang untuk mendapatkan rebat serta-merta! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang http://www.samsung.com/my/home atau laman Facebook www.facebook.com/samsungmalaysia.