Adakah anda tahu Summer Fun sedang berlangsung di Hong Kong? Hong Kong mengalu-alukan anda ke 2015 Hong Kong Summer Fun dengan keseronokan tanpa henti bermula sekarang sehingga 31 Ogos.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, pelawat boleh menebus hadiah percuma di booth Hong Kong Summer Fun sebaik tiba! Bukan itu sahaja, sepanjang kempen Hong Kong Summer Fun, pelawat boleh mengemukakan VIP Card (terdapat dalam Welcome Pack diberikan di Pre-Immigration Hall di HKIA), dan dapat menikmati tawaran eksklusif membeli-belah, makan, hotel dan tempat tarikan yang mengambil bahagian.
Pelawat juga boleh memuat turun e-Kupon dari DiscoverHongKong.com untuk menikmati lebih banyak tawaran dan ganjaran. Sebelum meninggalkan Hong Kong, pelawat bertuah boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah Return to Hong Kong like a Millionaire. Para pemenang boleh membawa seorang kawan atau ahli keluarga selama empat hari, tiga malam perjalanan mewah kembali ke Hong Kong.
Tip: Pastikan anda sentiasa bersedia untuk percutian Hong Kong Summer Fun dengan e-Kupon! Layari dan pilih pelbagai e-Kupon di DiscoverHongKong.com. Ketika berada di bandar, gunakannya untuk keistimewaan gourmet, diskaun membeli-belah dan tawaran menarik ke tarikan Hong Kong!
Musim panas adalah masa terbaik untuk meneroka makanan periuk panas dari restoran berbintang-Michelin, famed hole-in-the-wall joints, buffet hotel mewah, mengetahui di mana tempat terbaik anda dan keluarga boleh dapatkan untuk mengisi perut yang lapar apabila melawat Asia’s World City.
Ini antara restoran/tempat makan mesti anda singgah:
Spice Restaurant
Restoran ini menghidangkan gabungan masakan Asia dari India, Thailand, Malaysia. Untuk info lebih lanjut, anda boleh semak Spice Restaurant.
Alamat : 2/F, Prosperous Centre, No. 1, Knutsford Terrace, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Royal Plaza Hotel- La Scala
Dikenali di seluruh Hong Kong sebagai salah satu buffet hotel terbaik, La Scala menawarkan pelbagai masakan antarabangsa. Mempunyai ruang makan yang selesa dan konsep dapur terbuka. Lokasi di Mongkok, La Scala sesuai untuk family gathering atau majlis makan malam. La Scala memenuhi citarasa anda! Sebarang info, anda boleh ke laman web rasmi Royal Plaza Hotel – La Scala.
Alamat : 193 Prince Edward Road West, Kowloon
Islamic Centre Canteen
Lawatan ke Hong Kong tidak lengkap tanpa dim sum! Berikut adalah salah satu tempat yang anda boleh lawati untuk mendapatkan dim sum halal yang sahih. Mesti cuba adalah seperti Steamed Siew Mai with chicken, Steamed Har Gao, Steamed Beef Balls, Red Bean Paste Bun, Pan Fried Glutinous Rice Balls dan banyak lagi.
Alamat : 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai
Ma’s Restaurant
Restoran ini menghidangkan masakah Cina gaya Hong Kong dan merupakan salah satu tempat makan mesti dilawati apabila berada di Hong Kong. Veal Goulash adalah salah satu menu yang terbaik dan ianya disahkan halal! Info boleh lihat di Ma’s Restaurant.
Alamat : Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po
Café Neo at Regal Oriental Hotel (disahkan halal dan restoran diiktiraf Skim QTS)
Café Neo menawarkan pelbagai buffet masakan antarabangsa yang sememangnya menepati selera. Untuk sebarang maklumat, boleh rujuk Regal Oriented Hotel/Café Neo.
Alamat : B1, 30-38 Sa Po Road, Kowloon City, Hong Kong
Jashan, Indian Cuisine
Diiktiraf sebagai restoran India yang terbaik di Hong Kong. Menambah beberapa rempah ke dalam pengalaman makan anda, adalah satu pasukan masakan India yang dinamik dan berbakat sehingga anda merasakan seperti berada di India. Disebut sebagai restoran pertama di Hong Kong dalam panduan Michelin tahun 2009 untuk masakan India, Jashan terus menaik perhatian dengan kualiti dan ketulenan malah lokasi strategik di sepanjang Hollywood Road di Central. Ia dibuka sepanjang hari menghidangkan makan tengah hari, snek petang, makan malam dan makan lewat malam. Untuk info lebih lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Jashan.
Alamat : 1st Floor, Amber Lodge, 23 Hollywood Road, Central, Hong Kong
“Islamic Centre Canteen di Wan Chai menghidangkan pelbagai Dim Sum terbaik yang semestinya halal! Ia terletak di Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Ia adalah lokasi terbaik untuk bawa keluarga apabila melawat Hong Kong,” komen Selebriti Malaysia, Dynas Mokhtar.
Hong Kong menawarkan anda yang terbaik untuk musim panas ini yang tidak harus anda ketinggalan! Untuk maklumat lanjut, pergi ke DiscoverHongKong.com.