Bersempena dengan musim perayaan kali ini, Watsons Malaysia bergabung dengan GSK dan Hospis Malaysia untuk menampilkan Quality Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen CSR. Di samping itu, Watsons telah bekerjasama dengan Media Prima, TV3 untuk “Raya Ni Dah Kahwin”, siri drama popular mereka buat kali kedua. Kempen Watsons Raya tidak berakhir di sini kerana pelanggan adalah digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen sambil menikmati pelbagai produk menarik yang diketengahkan di jualan Watsons Raya Mega tahun ini.
Watsons Malaysia dan GSK akan menyumbangkan dana kepada Hospis Malaysia, sebuah pertubuhan kebajikan yang menyediakan perkhidmatan profesional penjagaan paliatif untuk pesakit dan keluarga yang terjejas oleh penyakit hayat terhad. Semua perkhidmatan yang disediakan oleh Hospis Malaysia adalah percuma.
Rakyat Malaysia boleh menyokong inisiatif ini, dimana 10 sen akan disumbangkan kepada Hospis Malaysia untuk setiap Panadol atau Panaflex yang dibeli di kedai Watsons.
Di samping itu, kempen ini menekankan keperluan bagi individu untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga. Memanfaatkan budaya makanan Malaysia, Watsons Malaysia telah bekerjasama dengan penyanyi terkenal, pelakon, dan juara Masterchef, Dato’ Fazley Yaakob untuk menunjukkan bagaimana keluarga boleh mengeratkan ikatan bersama melalui makanan yang berkualiti.
Watsons Malaysia akan memaparkan resipi khas untuk Hari Raya dan Raya CD yang akan dijual dalam Watsons Online Store, 10 sen akan disumbangkan kepada Hospis Malaysia apabila pelanggan membeli biskut dan Raya CD.
Selepas kejayaan musim pertama drama siri “Raya Ni Mesti Kahwin” tahun lepas yang menyentuh lebih 1.5 juta penonton di seluruh Malaysia, Watsons Malaysia akan terus menjadi sebahagian daripada cerita Nina dan Amar apabila mereka memasuki kehidupan pernikahan mereka dalam “Raya Ni Dah Kahwin”.
Watsons juga bakal melancarkan Akaun WeChat rasmi (WatsonsMalaysia) khusus untuk penonton “Raya Ni Dah Kahwin”, dimana mereka boleh mengambil bahagian untuk memenangi hadiah-hadiah menarik di akhir setiap episod secara mingguan dan juga untuk menyokong pelakon kegemaran mereka dengan mengundi melalui platform WeChat itu. Pemenang bertuah akan berpeluang untuk berjumpa pelakon yang telah mereka undi di Rumah Terbuka Watsons Raya pada bulan Ogos nanti.
Selain itu, Paket Raya Packet dan Pek Ganjaran akan diedarkan kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di kedai-kedai Watsons. Watsons Raya Mega Sales akan dipamerkan penuh dari 18 Jun – 29 Julai dengan diskaun sehingga 50% untuk membantu pelanggan kelihatan baik, berasa hebat Raya ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Raya Bersama Watsons, sila hubungi Encik Danny Hoh, Ketua Pemasaran Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd di dannyhoh@watsons.com.my atau Cik Sandy Ngiam di sandyngiam@watsons.com.my atau lawati Facebook rasmi Watsons www.facebook.com/watsonsmalaysia / laman web rasmi Watsons www.watsons.com.my.
Jangan lupa untuk ‘Like’ halaman Facebook Watsons dan ikuti akaun WeChat rasmi Watsons Malaysia!