Guardian, rangkaian kedai farmasi, kesihatan dan kecantikan terbesar di Malaysia, telah memperkenalkan rangkaian mandian dan penjagaan badan Les Tentations Méditerranéennes bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap produk premium mampu milik yang memberi rahsia kecantikan Mediterranean kepada semua, di sebuah majlis yang bertemakan Mediterranean dengan penuh kemeriahan.
Diperkaya dengan ekstrak botani yang terbukti dari kepulauan Mediterranean, rangkaian ini terdiri daripada krim mandian, skrub badan, losyen badan, krim badan dan krim tangan boleh didapati dalam tiga variasi iaitu Rose Water, Grape Seed Oil dan Mimosa Water. Rangkaian ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti parabens, sabun dan lanolin serta telah diuji dan terbukti secara dermatologi.
Variasi Rose Water untuk Memutihkan dan Melembapkan Kulit
Menampilkan Alpine Apple dari Itali, Pink Rockrose dari Greece dan Rose Water dari Perancis, variasi ini baik untuk memutih dan melembapkan kulit kerana Rose Water Perancis merupakan emolien terbaik untuk melembap dan menjaga kulit yang matang dan kering, Alpine Apple Itali mengandungi asid lemak oleik dan linoleik bagi melembap, menyubur dan menyegarkan kulit dengan berkesan manakala Pink Rockrose Greece membantu mencerahkan kulit.
Variasi Grape Seed Oil untuk Antipenuaan dan Pemulihan Kulit
Dengan Barli Malt dari Perancis, Sweet Violet dari Albania dan Mediterranean Grape Seed Oil dengan pengesahan eko, variasi ini mempunyai ciri-ciri antipenuaan dengan kandungan antioksidan yang tinggi iaitu Resveratrol, yang ditemui di dalam grape seed oil. Resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan luaran dan melambatkan proses penuaan. Malt Barli Perancis juga kaya dengan antioksidan dan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pada masa yang sama menyuburkan kulit. Menambahkan lagi manfaat perlindungan adalah Sweet Violet Albania untuk melembap, menyucikan dan meremajakan kulit.
Variasi Mimosa Water untuk Menyegarkan dan Melembapkan Kulit
Dengan Saffron dari Perancis, Licorice dari Sepanyol dan Air Mimosa dengan pengesahan eko dari Perancis, variasi ini mengandungi antioksidan untuk meyegarkan kulit. Air Mimosa Perancis di dalam variasi ini telah digunakan berabad lamanya kerana sifatnya yang menyegarkan dan membantu memperbaiki kulit. Saffron Perancis, rempah paling mahal di dunia, kaya dengan flavonoid. Ia juga menambahkan keserian kulit dan membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan manakala Licorice Sepanyol telah digunakan sejak turun-temurun untuk mencerah, menenang, melegakan dan menyegarkan kulit.
Harga dan Lokasi Jualan
Les Tentations Méditerranéennes boleh didapati di seluruh negara di semua kedai Guardian dan e-kedai Guardian di https://online.guardian.com.my. Krim Mandian 470ml pada harga RM10.90, Skrub Badan 200g pada harga RM19.90, Losyen Badan 300ml pada harga RM19.90, Krim Badan 250ml pada harga RM19.90, Krim Tangan 65ml pada harga RM10.90 dan Set Hadiah penjagaan Badan (Krim Mandian 60ml, Skrub Badan 50g dan Losyen Badan 60ml) pada harga RM18.90.