Mungkin anda tercari-cari backpack yang sesuai digayakan di mana sahaja, tidak kiralah ketika mengembara, ke pejabat, sekolah, universiti mahupun ke gimnasium.
Mengambil inspirasi budaya Korea dan Kpop, Targus Seoul Collection adalah travel-friendly backpack mempunyai ciri-ciri kalis air untuk perlindungan tambahan, ruang yang mencukupi untuk komputer riba, tablet iPad, fail mahupun bahan bercetak lain. Sangat praktikal dibawa ke mana sahaja.
Diilhamkan oleh trend terkini, Targus Seoul Collection boleh didapati dalam tiga kombinasi warna. Ia boleh didapati dalam warna Hitam (TSB845), Khaki (TSB84506) dan Oren (TSB84508) dengan harga runcit RM269 setiap satu.