Apa yang boleh dikatakan ianya sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasangan pengantin, malah amat janggal dan ‘lari’ daripada kelaziman adat masyarakat Melayu. Tetapi itu terjadi kepada pasangan yang bakal mendiri rumah tangga ini, beli produk kecantikan dan sertai cabutan bertuah untuk memenangi kad jemputan kahwin pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Masyarakat melayu lazimnya terkenal dengan adat menjemput tetamu bagi meraikan pengantin dengan hati ikhlas, bukannya ‘mempertandingkan’ peluang untuk menghadiri majlis berkenaan.
Disebabkan itu keadaan ini mengundang pelbagai rekasi di laman sosial Instagram. Rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan pasangan berkenaan. Sebelum ini, pasangan Hairul dan Hanis terlebih dahulu mengundang kontroversi apabila Hairul melamar Hanis secara terbuka ketika siaran langsung pertandingan akhir sebuah program realiti.
Apa kata anda? Nak tengok pasangan ini secara live, belilah TJ sekarang…
Sumber dari Berita Harian