Struktur besar Blobbies akan berada di Fahrenheit 88 dari hari ini sehingga 31 Mei. Bersempena dengan kedudukan baharunya sebagai “The Coatings Expert”, struktur Blobbies Nippon Paint akan bergerak dari bandar ke bandar di seluruh negara bermula sekarang hingga akhir tahun meliputi pusat pasaran utama seperti Pulau Pinang dan Johor.
Memulakan perjalanannya di Fahrenheit 88, patung Blobbies telah menarik minat orang ramai yang lalu-lalang untuk mengambil gambar selfie / ‘Blobfies’, yang memperkenalkan Nippon Paint sebagai “The Coatings Expert” yang boleh mengecat segala jenis permukaan. Setiap struktur Blobby mewakili jenis permukaan berlainan, iaitu simen, kayu, besi, jubin dan kaca.
Berikut adalah jadual `Penaklukan Blobbies’ Nippon Paint oleh pihak stesen radio, jadi sertailah mereka untuk menyaksikan “Tarian Blobbies” dan menangi hadiah pada masa dan tarikh ini:
- ERA fm – 16 Mei pada 1.40 pm
- THR Raaga – 16 Mei pada 5.30 pm
- MY FM – 17 Mei pada 3.00 pm
Dapatkan maklumat terkini untuk mengetahui di mana lokasi Blobbies dalam Facebook kami: www.facebook.com/nipponpaintblobbies