Tidak dapat dinafikan, ada sesuatu yang menyeramkan mengenai anak patung. Jika diteliti dengan lama, ada diantara kita mengakui bahawa ia agak sedikit menyeramkan, seolah-olah anak patung itu bernyawa. Namun, semua itu mungkin bergantung kepada individu itu sendiri.
Anak patung biasa sudah cukup menyeramkan, apatah lagi anak patung yang diketahui berhantu!
Seperti yang biasa dilihat di dalam filem seram yang melihatkan plot cerita dimana patung boneka telah dibawa pulang ke rumah dan menghantui kehidupan penghuni rumah, malahan ada patung yang hidup dan juga mampu membunuh! Sementara semua itu hanyalah rekaan semata, ia mempunyai beberapa asas dalam realiti.
Ambil kisah Peggy, sebagai contoh ………………..
Peggy, anak patung berhantu ini dikatakan telah dirasuk semangat seorang mangsa Holocaust Yahudi.
Selepas pemilik asal Peggy yakin bahawa serangan penyakit kroniknya adalah berpunca daripada anak patung berkenaan, beliau lah yang memberikan Peggy kepada penyiasat paranormal, Jayne Harris.
Harris menguruskan sebuah organisasi yang dipanggil Haunted Dolls, yang menganggap dirinya sebagai pakar dalam penyelidikan spirit attachment.
Haunted Dolls mempunyai halaman Facebook mereka sendiri, dan mereka menyiarkan gambar-gambar objek yang sedang mereka usahakan. Selepas Harris meletakkan gambar-gambar Peggy, terdapat beberapa individu yang telah melihatnya mula melaporkan beberapa fenomena aneh!
Tidak lama selepas gambar tersebut disebarkan, orang ramai dari seluruh dunia mula melaporkan perkara-perkara pelik — seperti sakit kepala yang tidak dapat dijelaskan atau perubahan suhu di dalam bilik — hanya dari melihat gambar Peggy!
Terdapat juga video mengenai Peggy yang telah dimuatnaik. Menurut Harris, 80 penonton video tersebut telah dilaporkan mengalami sakit dada, rasa loya dan sakit kepala. Harris juga mengatakan bahawa terdapat seorang yang mengalami serangan jantung ketika menonton video tersebut.
Harris mengatakan beliau menerima pelbagai tawaran daripada psikik untuk menghapuskan roh atau semangat yang berada di dalam Peggy, namun tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian lagi. Katanya, beliau lebih suka untuk mengkaji anak patung dan roh atau semangat yang menghantuinya dengan caranya sendiri terlebih dahulu.
Jadi, apa pendapat anda? Seram atau tidak?
Untuk info lanjut mengenai Peggy, anda boleh layari The Daily Mail.