Sejak akhir-akhir ini, trend beg tangan telah melalui suatu evolusi yang memperlihat beg tangan unik dengan kepelbagaian hiasan menjadi ikutan ramai. Kita dapat lihat fesyen jalanan yang memperagakan beg tangan dengan hiasan unik seperti boneka kecil, badges, hiasan bulu, skaf kecil dan sebagainya. Beg seperti ini sesuai digayakan dengan outfit ringkas berwarna senada ataupun monokrom agar semua mata tertumpu pada beg tangan yang unik dan sarat dengan perhiasan menarik.
Trend beg tangan unik ini telah dimulakan oleh Anya Hindmarch dan Moschino yang secara konsisten mengeluarkan koleksi yang menarik. Beg tangan ini dipakai para bintang street style, dan dengan cepat telah menghiasi Instagram dan popular dalam kalangan pencinta fesyen. Setelah itu, jenama-jenama seperti Fendi, Chanel, bahkan Louis Vuitton juga tidak ingin ketinggalan bergabung dengan trend ini.
(Kredit: fimela.com)