Bahan-Bahan
Lapisan bawah
100g beras pulut hitam
200g beras pulut
150ml santan pekat
150ml air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
Lapisan atas
140g gula
40g tepung jagung
40g tepung gandum
1/2 sudu garam
200ml santan pekat
200ml air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning
Sedikit perasa pandan
Cara Penyediaan
- Rendamkan kedua-dua beras pulut selama lebih kurang 6 jam.
- Toskan, masukkan santan, air, garam dan daun pandan kedalam beras pulut dan kukus sehingga masak.
- Keluarkan dan masukkan kedalam bekas yang sesuai, tekan sehingga mampat dan kukus semula selama 5 minit. Ketepikan.
- Untuk lapisan atas, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit pekat.
- Kemudian tuang ke atas lapisan pulut sebentar tadi. Kukus semula sehingga masak.
- Sejukkan sebelum dipotong.
Sumber: Facebook RESEPI DAN PETUA