Sebelum ini tersebar berita kononnya anak lelaki Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan bakal terjun ke dunia lakonan dan akan membintangi filem sekuel Dhoom.
Terkini, Aryan turut dikaitkan bakal membintangi sebuah filem remake Boyhood yang baru-baru ini memenangi pelbagai anugerah dunia perfileman.
Shah Rukh Khan turut memberi ‘lampu hijau’ buat Aryan untuk membintangi filem tersebut yang turut mengagumi filem Boyhood yang diarahkan oleh Richard Linklater itu.
“Aryan cukup menggemari filem tersebut. Dia memaksa ayahnya untuk menonton filem Boyhood. Mereka berdua berbincang mengenai filem tersebut dan mungkin akan ada sesuatu yang menarik akan muncul.
Setelah menonton filem tersebut, Shah Rukh Khan berminat untuk remake Boyhood namun masih lagi dalam perancangan. Khabarnya, Shah Rukh Khan turut akan menggunakan khidmat anaknya Abram Khan sebagai versi Aryan sewaktu kecil.
Namun Shah Rukh Khan harus menunggu sehingga Aryan selesai dengan pengajiannya di London sebelum boleh terjun ke dunia lakonan kelak.
Sumber: Astro Gempak