Zumba, rutin workout yang tengah ‘in’ buat wanita masa kini dikatakan mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Namun begitu, tahukah anda apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan ‘fit’?
Entri kali ini kami dedahkan kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda akan terus ber-zumba!
1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular dimana ia membantu melawan penghasilan lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba dikatakan mampu membakar sekitar 600 – 1000 kalori.
2. Badan Lebih Tegap
Aktiviti zumba yang dilakukan secara berdisiplin boleh memberikan kesan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat.
3. Lebih Bertenaga & Gembira
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar, tetapi menari seolah-olah anda berada di pertandingan menari!
4. Pelepas Tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik daripada terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
5. Sesuai Semua Usia
Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
6. Peroleh Rakan Baharu
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baharu yang mempunyai minat yang sama.
*Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba kerana langkah dan pergerakannya yang sesuai dengan rentak. Jom layan video Zumba Fitness Marioneta. Selamat ber-zumba!
Sumber: nona.karangkraf.com