Satu paparan video yang menunjukkan aksi latihan anggota tentera yang menyertai unit komando telah tersebar meluas di internet. Bukan itu sahaja, video berkenaan memperlihat aksi ganas dan menyeksakan.
Video berdurasi 3 minit 24 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang jurulatih dalam pasukan tersebut yang terlibat dalam latihan berkenaan dan kemudian telah memuatnaik video tersebut ke internet.
Penyebaran video itu dibuat oleh Belia Bangkit dan telah dikongsikan di dalam Facebook Siakap Keli. Video itu menunjukkan anggota komando yang sedang menyertai latihan dibelasah oleh jurulatih mereka dengan cara tendangan di bahagian perut.
Rata-rata mereka yang telah menonton video itu berpendapat, latihan ketenteraan adalah satu perkara yang sulit dan tidak perlu untuk disebarkan kepada umum. Ada juga yang berpendapat penyebaran video benbentuk latihan fizikal seperti itu akan mendapat pelbagai reaksi yang kurang senang, terutamanya jika ia ditonton oleh orang awam.
Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia turut menyatakan adalah tidak wajar video tersebut dikongsikan di media sosial untuk tatapan umum. Kelab itu juga meminta supaya pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video itu di laman sosial supaya dikenakan tindakan.
Pautan video:
https://www.facebook.com/video.phpv=975781019111586&set=vb.591441797545512&type=2&theater
Sumber: The Rakyat Post