Jambang pernah suatu ketika dahulu menjadi popular dan trend ikutan ramai sekitar era 80-an. Namun, selepas itu kaum lelaki semakin bijak dalam menata rias penampilan mereka dengan bercukur agar kelihatan lebih kemas dan segak. Pengaruh gaya metroseksual turut menenggelamkan trend berjambang dalam kalangan lelaki.
Kini, seiring lonjakan fesyen klasik lelaki Inggeris yang menggayakan sut dengan menyelitkan imej berjambang, ia dianggap suatu kemestian bagi melengkapkan imej lelaki sejati.
Di Malaysia, Ombak Beard Oil, produk penumbuhan jambang jenama anak tempatan dikeluarkan bagi mengambil inisiatif untuk merancakkan gerakan lelaki berjambang di sini.
Dipimpin oleh dua lelaki, Husni Mubarak, 25, sebagai pengasas dan Farhan Idris, 24, selaku pengasas bersama, jenama di bawah Ombak Wear Trading itu kini meraih perhatian memberangsangkan biarpun baru lapan bulan memasuki pasaran.
Mereka mengeluarkan produk ini dengan tujuan mendidik lelaki Malaysia agar tidak meletakkan stereotaip bahawa imej berjambang hanya sesuai buat mereka yang lengkap mengenakan sut, tetapi ia sebenarnya jambang boleh disimpan oleh lelaki yang berpakaian kasual mahupun fesyen jalanan.
Selain itu, mereka juga ingin meyakinkan kaum lelaki di Malaysia agar lebih yakin membawa imej berjambang yang sebenarnya mampu meningkatkan sisi maskulin pada diri mereka, malah ada juga kaum wanita yang lebih sukakan lelaki berjambang.
Kesan penggunaan Ombak Beard Oil dapat dilihat dalam tempoh seminggu ataupun lebih daripada dua minggu, semua itu bergantung kepada genetik dan rejim penggunaan seseorang.
Minyak kacang badam, minyak biji anggur, minyak kelapa dara, minyak jojoba, minyak pati dan Vitamin E dirangkumkan bagi membentuk sebotol Ombak Beard Oil yang turut menerima perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Amalan Perkilangan yang Baik (GMP).
Cara Penggunaan
- Pada bahagian wajah yang ingin difokuskan, sama ada misai, kumis, janggut atau jambang, sapukan kurang daripada lima titik minyak dan ratakannya.
- Penggunaan dua kali sehari amat penting bagi memastikan kesan berlaku secara sistematik.
- Aplikasi waktu pagi perlu didahului dengan amalan bercukur bagi membolehkan resapan minyak berlaku lebih efektif sehingga jauh ke dalam liang pori.
- Bagaimanapun, mereka yang sedang menyimpan jambang sedia ada, bolehlah menggunakan alternatif lain dengan menuam wajah menggunakan air suam bagi membuka liang pori sebelum wajah dikeringkan dan disapu dengan Ombak Beard Oil.
Ombak Beard Oil ini dijual pada harga RM50 untuk botol bersaiz 30 mililiter (ml) sekiranya dibeli menerusi pembelian langsung atau Cash on Delivery (COD). Pembeli yang menggunakan khidmat pos pula perlu membayar RM60.
Dengan setiap botol mampu bertahan selama satu hingga dua bulan, Ombak Beard Oil boleh diperoleh daripada hampir 30 ejen di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Untuk pesanan pembelian atau mengetahui ejen berhampiran, anda boleh menghubungi 013-6004 866 atau kunjungi laman Instagram rasmi mereka di @ombakwear.
Sumber & kredit foto: The Rakyat Post & Facebook OmbakWear