Kamu semua pasti tahu kalau kulit kamu adalah organ terbesar dari tubuh. Secara umum, kulit juga menyerap 60% daripada apa-apa sahaja yang kamu aplikasikan ke atasnya. Jadi bayangkan jika kamu aplikasikan produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan bahaya. Bagaimana reaksi kulit wajah?
1. Less is Better
Apabila hendak membeli produk kecantikan, kita sering kali lebih percayakan iklan dan tidak mahu membaca bahan kandungan yang ada pada produk yang ingin dibeli. Menurut para ahli kecantikan, baca label sangat penting, usahakan untuk mencari label dengan bahan kimia paling sedikit. Semakin sedikit, semakin bagus, kerana itu bermakna produk tersebut tidak terlalu banyak menggunakan bahan kimia.
2. Go All Natural
Kenyataannya, alam memang sudah menyediakan segala hal yang tubuh kamu perlukan. Begitu juga untuk produk kecantikan dan penjagaan wajah. Cari produk yang mengandungi bahan-bahan semula jadi, bukan yang hanya sekadar menyenaraikan label “organik” atau “natural”. Produk yang hanya mengandungi bahan semula jadi seperti kelapa dara, minyak zaitun, lidah buaya, rose water, dan tanpa kandungan lain, itulah yang harus kamu cari.
fimela.com