Siapa sini peminat Taylor Swift? Siapa minat gaya fesyen Taylor Swift? Disebabkan Taylor mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan kurus, jadi apa fesyen yang digayakan semuanya nampak menawan dan serasi sekali dengannya.
Taylor juga lebih suka mengenakan floral dress, kiranya dia menyukai fesyen vintage dan classic. Malah, gincu merah menyala merupakan kegemarannya, mungkin disebabkan warna kulitnya yang putih jadi pemilihan warna garang sesuai dengannya. Kiranya Taylor always looks amazing!
Penulis sukakan fesyen féminin dan lady like Taylor, serius nampak sangat sweet sekali. Jom tengok antara pilihan dress yang digayakan Taylor. Ada yang berkenan?