Dashing, jenama terunggul penjagaan peribadi lelaki dalam pasaran di Malaysia dan rakan kerjasama rasmi juara BPL terkini, Kelab Bola Sepak Manchester City menganjurkan peraduan #DashingGoesMancity pada Ogos tahun lalu dan berterusan memberi ganjaran secara berterusan kepada para pengguna Dashing dengan hadiah-hadiah menarik setiap bulan.
Terbaru, Dashing mengumumkan penganjuran satu lagi peraduan eksklusif Dashing dan Manchester City di Mydin bermula 9 Februari – 15 Mac 2015 untuk memilih pemenang yang akan berpeluang menonton perlawanan di antara Manchester City menentang West Ham pada 18 April depan.
Kesemua perbelanjaan perjalanan termasuk tiket kapal terbang pergi-balik, penginapan, lawatan ke Stadium Etihad, sesi bertemu dan beramah mesra (meet and greet) bersama ahli pasukan pertama / pegawai rasmi dan tiket VIP menonton perlawanan secara langsung akan ditanggung sepenuhnya.
Mekanik peraduan juga mudah; pembeli hanya perlu membeli produk Dashing atau Elite bernilai RM20 ke atas dalam satu resit tunggal dan mengisi borang peraduan yang boleh didapati daripada jurujual Wipro Unza atau staf Mydin. Peraduan ini melibatkan seluruh gedung Mydin di Semenanjung Malaysia.
Cepat! Anda tunggu apa lagi?