Setelah lebih sedekad berkerjasama dalam dunia fesyen, Jeremy Scott dan Adidas Originals kini melancarkan wangian pertama mereka, yang merupakan unisex eau de toilette.
Wangian yang pertama daripada Jeremy Scott dan Adidas Originals itu akan keluar di pasaran pada 1 Februari dalam edisi terhad sebanyak 10,000 botol.
Sesuai untuk lelaki dan wanita, wangian yang dibuka dengan nota feminin mawar dan Calabrian bergamot, manakala bauan utamanya terdiri daripada aroma yang lebih maskulin seperti lada putih, incense dan cashmeran.
Botol kaca wangian ini pasti akan menonjol di kaunter minyak wangi, kerana ia berbentuk seperti kasut bersayap yang membuatkan orang teringat akan Jeremy Scott Wings high-top sneakers.
Eau de toilette unisex ini akan boleh didapati bermula 1 Februari dengan edisi terhad di kedai terpilih.
Harga: €95 (RM400) untuk 75ml.