Sejak zaman kanak-kanak, ibu-ibu kita, nenek, rakan-rakan dan saudara-mara telah memberikan banyak maklumat tentang bagaimana untuk kelihatan cantik, dan apa yang perlu dilakukan dan dielakkan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun mereka tidak menerangkan secara terperinci mengenai hal tersebut, mitos kecantikan yang diceritakan tetap akan bermain-main di kepala kita. Walau bagaimanapun, anda akan terkejut untuk mengetahui bahawa sesetengah mitos kecantikan sebenarnya adalah betul dan boleh dipercayai!
Berikut merupakan 4 mitos kecantikan yang benar, dengan penjelasan yang logik untuk perkara tersebut:
1. Menggosok mata menyebabkan kedutan di bawah mata
Apabila anda menggosok kulit di bawah mata anda dengan terlalu kerap, maka geseran tersebut akan menyebabkan keanjalan kulit di kawasan itu menjadi lemah. Oleh kerana kulit di bawah mata adalah paling nipis, ia akan memberi kesan lebih cepat daripada kawasan-kawasan lain, dan keanjalan yang hilang memberi rupa longgar, kulit berkedut. Tidak kira jika anda menggosok mata anda sekali-sekala, bagaimanapun, pakar-pakar kecantikan mengesyorkan untuk tidak menjadikannya sebagai suatu habit.
2. Tidur dengan solekan akan meyebabkan kulit rosak
Apabila anda meletakkan soleken pada wajah untuk masa yang lama, maka ia akan menyebabkan liang kulit anda tersumbat. Pada waktu malam, kulit anda perlu berehat, sama seperti badan anda. Ia perlu menjana semula sel-sel baru untuk anda kelihatan segar pada waktu pagi. Apabila anda tidur dengan solekan di wajah, anda sebenarnya menyebabkan pori-pori di wajah tersumbat, sekaligus tidak membenarkan sel-sel kulit untuk melakukan kerja mereka. Liang muka yang tersumbat akan menyebabkan pengumpulan minyak, habuk dan kotoran, yang akhirnya menyebabkan jerawat.
3. Tabiat pemakanan memberikan kesan jerawat
Makanan secara langsung tidak menyebabkan apa-apa kepada keadaan kulit. Walau bagaimanapun, makanan pedas dan berminyak mengekalkan suhu badan yang panas, dan juga menyebabkan perut akan tersumbat, menyebabkan masalah pencernaan, yang akhirnya membawa kepada jerawat. Malah, hormon setiap orang itu juga bertindak balas secara berbeza untuk makanan yang berbeza. Jadi, ya, jika anda tidak mengeluarkan toksin dengan kerap dari badan anda dengan bantuan buah-buahan segar dan salad, makanan berat lain yang anda makan akan menjadi punca pertumbuhan jerawat.
4. Kuku hendaklah dikikis dan dilicinkan dalam satu arah sahaja
Kuku anda kebiasaannya akan tumbuh mengikut arah dan cara tertentu. Apabila anda mula mengikis kuku anda dari arah yang berbeza, ia akan menjadi rapuh dan lemah, menyebabkan masalah dalam pertumbuhan kuku yang sihat. Jadi, adalah sangat penting untuk mengikis dan melicinkan kuku dalam satu arah sahaja dan semasa kuku kering.