Manusia makin lama makin pelik! Itulah yang terlintas di fikiran penulis apabila melihat kegilaan wanita zaman sekarang yang mewarnakan bulu ketiak mereka dan menayangnya kepada umum. Bukan itu sahaja, warna-warna yang digunakan adalah warna terang dan ada juga yang menggunakan warna neon! Kegilaan pelik dan agak menggelikan, mungkin?
Seorang stylist dan pendandan rambut di Seattle, Amerika Syarikat merupakan salah seorang wanita yang mengikuti trend pelik itu. Dia berpendapat bahawa wanita seharusnya bangga mempunyai bulu ketiak, dan baginya wanita tidak perlu mencukur bulu ketiak ataupun menyembunyikannya.
Berpuluh-puluh wanita di Instagram telah berkongsi gambar ketiak mereka yang berwarna-warni menggunakan hashtag #dyedpits ,manakala di YouTube, beratus-ratus pengguna telah menyiarkan video mengenai cara untuk mewarnakan bulu ketiak mereka termasuk beberapa tutorial yang agak mendalam.