Bagi anda yang ingin melancong dengan harga tempat penginapan diskaun hingga 60%, apakata anda menempah dengan laman web penginapan Agoda.com? Ini kerana Agoda baru saja melancarkan tawaran terhad istimewa sehingga 60% bagi penginapan di beberapa destinasi terkenal Malaysia sempena jualan Malaysian Mobile Mania.
Okay, semua pelanggan Agoda.com yang menempah penginapan pada 19 & 20 November menerusi aplikasi atau laman web mudah alih Agoda boleh menikmati penjimatan sehingga 60% di 16 destinasi tumpuan pelancong, termasuklah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Ipoh, Pulau Pinang, dan Cameron Highlands. Bestkan? Tetapi pengunjung hendaklah menginap di antara 19-26 November, 2014.
Kajian oleh Google baru-baru ini menunjukkan rakyat Malaysia ialah antara pengguna mudah alih paling kehadapan di Asia, dengan lebih 33% menggunakan hanya peranti mudah alih untuk melayari internet berbanding 16% di Singapura dan 14% di Korea Selatan dan Hong Kong.
Jangan tangguh-tangguh lagi. Walaupun Agoda.com menawarkan harga istimewa penginapan sepanjang tahun, promosi ini hanya berlangsung pada 19 & 20 November, 2014, dan hanya ditawarkan di laman web mudah alih atau aplikasi Agoda. Cari hotel dengan reben biru yang tertulis Tawaran Khas Mobile!
Hotel-hotel yang terlibat terletak di Alor Setar, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Merang, Pulau Pinang, Port Dickson dan Taiping.
Anda boleh muat turun aplikasi percuma Agoda, atau layari www.agoda.com/mmm2014 menggunakan peranti mudah alih anda.