Kami baru sahaja mendapat jemputan ke majlis pelancaran produk berwajah baru dan sesi memperkenalkan duta baru produk Safi Rania Gold pada minggu hadapan. Sebelum ini Safi menggunakan khidmat pelakon dan juga pengacara popular, Rozita Che Wan sebagai duta produk mereka. Baru-baru ini mereka bakal mengambil pelakon genit Nora Danish sebagai duta barunya. Wah, memang beruntung pelakon nan seorang ini! Memang sesuailah umur dan penampilan Nora yang sentiasa nampak muda dan cantik biarpun sudah mempunyai cahaya mata berumur 5 tahun.
Nora Danish Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish yang baru sahaja menginjak usia 32 tahun terkenal dengan lakonannnya di dalam sitkom Puteri dan pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram pada 7 Januari 2009. Sebelum ini Nora Danish pernah menjadi duta produk kolagen dan kecantikan Sure White dan pelbagai produk lain. Memang tidak menang tanganlah senang cerita.
Kami mengucapkan sekalung tahniah buat Nora kerana terpilih menjadi duta produk popular di Malaysia ini dan tidak lupa, semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin! 🙂