PETPETÒ baru-baru ini telah memperkenalkan varian DayPants baru yang menawarkan keselesaan yang lebih untuk bayi melalui Teknologi Telus Udara. PETPETÒ DayPants dibuat dengan lapik alir udara, ia membenarkan pengedaran udara dari dalam ke luar untuk mengekalkan kulit bayi anda kering lebih lama.
Antara ciri hebat lain yang dimiliki oleh PETPETÒ DayPants ialah lapisan daya serapan yang tinggi dan pantas. PETPET® DayPants menyerap cecair serta merta dan mengekalkan permukaan yang kering supaya kulit sentiasa kering sepanjang masa. Walaupun berair, PETPET® DayPants masih berasa lembut tanpa ketebalan bagi memastikan tahap keselesaan yang tinggi dan pergerakan yang bebas. Selain itu, PEPET® DayPants direka dengan dua lapisan pencegah kebocoran untuk mengelakkan kebocoran pada bahagian tepi kaki. Dengan ciri yang hebat ini, bayi kini boleh menikmati waktu bermain yang lebih gembira dan lebih lama.
Lampin PETPETÒ DayPants berfungsi seperti sepasang seluar. Ia mempunyai pinggang elastik yang lembut dan mudah diregang untuk menambahkan kemudahan semasa memakai lampin dalam pelbagai kedudukan dan pergerakan, sama ada semasa baring, berdiri, merangkak dan lain-lain. Penukaran lampin juga tiada masalah kerana anda hanya perlu menarik bahagian tepi dengan mudah. Selain daripada fungsi kegunaannya, PETPETÒ DayPants juga memberi peluang kepada bayi untuk melatih koordinasi tangan dan kaki mereka semasa belajar memakai lampin seluar.
Saiz paling kecil (Saiz S) PETPETÒ DayPants adalah sesuai untuk bayi berusia mulai 3 bulan. Bayi pada usia ini biasanya sangat aktif dan suka menendang. Para ibu hanya perlu memakaikan lampin pada bayi seperti memakaikan seluar dan mengoyakkan bahagian kedua-dua belah lipatan samping lampin. PETPETÒ DayPants adalah sesuai untuk digunakan pada waktu siang. Ia boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit. Ia terdapat dalam pelbagai saiz dan rangkaian pek seperti di bawah:
Saiz Pek | S 4-8kg | M 7-12kg | L 9-14kg | XL 12-17kg | XXL 15-25kg | Harga (RCP) |
Pek Biasa | 16kpg | 14kpg | 12kpg | 10kpg | 8kpg | RM10.90 |
Pek Nilai | 50kpg | 44kpg | 38kpg | 32kpg | 24kpg | RM29.50 |
Pek Jumbo | 64kpg | 54kpg | 46kpg | 36kpg | RM39.50 | |
Pek Mega | 76kpg | 66kpg | 56kpg | 48kpg | RM46.60 |