Bakat menyanyi? Melawak? Berlakon? Menari? Bermain Magik? Karikatur? Peluang kepada sesiapa yang mempunyai sebarang bakat untuk sertai sesi uji bakat untuk bersaing dalam ‘Asia’s Got Talent’.
Asia’s Got Talent membuka pintu dan peluang untuk individu dan kumpulan daripada semua peringkat umur untuk mempamerkan kemahiran luar biasa anda pada Ahad ini 28 September 2014 dari jam 9 pagi sehingga 7 malam di Taylor’s University Lakeside Campus (Jalan Taylor’s, Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia). Sesiapa yang ingin berkongsi bakat mereka dengan dunia adalah dialu-alukan untuk turut serta dalam uji bakat ini.
Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti uji bakat terbuka di Malaysia, sesi lain dijadualkan di Singapura dan Manila, Filipina. Info lanjut, boleh ke www.axn-asia.com/