Anda peminat filem Maleficent lakonan Angelina Jolie? Berita baik untuk anda. Angelina Jolie telah berkolaborasi dengan jenama kasut terkenal Christian Louboutin dengan mereka kasut bertemakan filem fantasi tersebut. Kasut tersebut dipakai semasa menghadiri majlis tayangan filem berkenaan.
Kasut yang diberi nama Malangeli itu diilhamkan oleh watak Jolie dalam filem remake Sleeping Beauty.
Kasut kulit itu mempunyai tapak yang diukir seperi arca untuk memberikan impak magik dan Jolie memakai kasut itu dengan tiga warna berbeza iaitu hitam, perak dan emas semasa membuat promosi filem Maleficent di seluruh dunia.
Kasut edisi terhad itu boleh ditempah lebih awal dengan warna hitam atau merah di 5 butik Christian Louboutin iaitu di New York, California, London, Hong Kong dan Paris dengan harga RM3,600 sepasang. Hasil jualan akan diberikan kepada badan amal SOS Children’s Villages, organisasi kebajikan terbesar di dunia untuk membantu anak-anak yatim dan terbiar. Angelina Jolie telah membantu badan kebajikan itu sejak tahun 2003.