Kami ingin kongsikan berita dan gambar yang diambil di Facebook Air Times yang mengecam tindakan kerajaan Singapura yang menyekat siaran RTM TV1 apabila stesen televisyen itu menyiarkan kekejaman Israel Zionis. Warga Singapura beragama Islam bangkit mengecam pelakuan stesyen TV tempatan yang dikawal kerajaan Singapura yang pada mulanya ada mengeluarkan kenyataan yang kononnya mereka turut bersimpati dengan rakyat Palestin. Walau bagaimana pun, apabila Malaysia bersungguh memaparkan berita kekejaman Zionis, saluran satelit negara itu bertindak menyekat siaran yang diterima (RTM 1) terutama ketika slot Berita Perdana.
Ini adalah “screen shoot” yang dikirimkan oleh warga Singapura yang marah dengan tindakan Kerajaan Singapura yang bertindak menyokong Rejim Zionis sehingga menolak kebenaran yang berlaku.