Gambar kebakaran yang berlaku di plaza tol Sunway – Seafield , KM40.1 Lebuhraya KESAS yang sedang berlaku ketika ini. Dipercayai sebuah lori telah melanggar sebuah kereta Proton Saga dan juga sebuah MPV di kaunter pembayaran tol Touch & Go / Tunai dan menyebabkan kebakaran yang agak teruk. Kejadian ini telah mengakibatkan kesesakan sepanjang 2 kilometer di tempat kejadian. Agak teruk juga kebakaran yang berlaku, walau apa pun anda sebagai pemandu harus berhati-hati di jalanraya!