Zaman sekarang bukan manusia sahaja yang boleh jadi terkenal. Kucing pun boleh ! Contohnnya si Grumpy Cat yang bermuka bengis, Sam, kucing unik yang berkening dan juga Venus , kucing yang dilahirkan dengan mempunyai dua wajah.
[ Baca juga : 10 Gambar Kucing Dengan Corak Bulu Unik ]
Baru-baru ini, seekor lagi kucing yang belum lagi diberi nama dikatakan bakal menjadi bintang internet yang baru. Anak kucing ini didapati unik dan istimewa kerana ekspresi mukanya yang nampak sedih dan kasihan sepanjang masa. Tuan kepada si comel ini, Ashley Hearing buat masa ini masih lagi memikirkan nama yang sesuai untuk haiwan kesayangannya itu .Antara nama yang dicadangkan oleh peminat kucing tersebut adalah Nugget, Meowancholia, Bojangles dan Happy.
Buat sementara ini ia dinamakan Purrmanently Sad Cat (PSC) , bersesuaian dengan mimik muka anak kucing betina ini. Walaupun ekspresi semulajadi mukanya sentiasa sedih, PSC sebenarnya tidak ada sebab untuk bersedih memandangkan kerana menurut tuannya, so comel ini adalah kucing yang lincah bermain.
Imejnya yang dimuat naik di laman Imgur telah mendapat 370,000 view dalam masa 3 hari . Wah, kalah gambar selfie Nora Danish !
– Via Mail Online