Majlis perkahwinan sering dilabelkan sebagai tempat para pasangan bertemu jodoh dan pasangan hidup. Namun pertemuan seorang jurugambar dari Australia, Jason Cole dengan wanita yang menjadi isterinya sekarang boleh dianggap sedikit rare.
Masakan tidak, pasangan ini mula-mula bertemu di majlis perkahwinan pertama isterinya Julie Bridges pada tahun 2009 dimana Jason merupakan jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan tersebut. Pasangan ini pertama kali bertemu ketika mengadakan satu sesi perundingan sebelum Julie dan bekas suaminya yang bekerja sebagai seorang chef melangsungkan perkahwinan mereka.
Jason berkata, pada pertemuan pertama dia dengan Julie, dia hanya melayan dan menganggap wanita itu seperti pelanggannya yang lain manakala Julie pula pada pandangan pertamanya tersalah anggap bahawa jurugambar tersebut adalah seorang lelaki homoseksual.
Mereka bagaimanapun terus kekal berhubung selepas majlis perkahwinan tersebut selesai dan kekal sebagai sahabat dan menjadi akrab. Pasangan ini menyifatkan hubungan mereka adalah sebagai rakan sahaja sehingga April 2012. Hubungan merpati dua sejoli ini menjadi lebih akrab selepas Julie dan suaminya berpisah.
“Kalau saya tak berkahwin dahulu, saya takkan bertemu dengan Jason” , kata Julie kepada portal berita Daily Mail
Inilah yang dikatakan jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.