Lelaki mana yang tidak mengamuk jika mengetahui isterinya curang dengan lelaki lain. Inilah yang berlaku dalam satu kejadiaan amuk yang berlaku di Alor Setar.
Seorang penjual Kuey teow goreng berusia 28 tahun telah mengelar dan membuatkan isterinya yang berusia 32 tahun dan pembantu gerai berusia 19 tahun cedera parah dengan mennggunakan sebilah parang selepas mendapati kedua-duanya berada di dalam bilik yang sama di rumah sewanya.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2 pagi Hari Rabu, di sebuah rumah yang disewa oleh suspek di Kampung Langgar dekat sini.
Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.
Beliau telah melanjutkan waktu perniagaan beliau sehingga kira-kira pukul 3 pagi ke 4 pagi sejak Piala Dunia bermula, tetapi telah dipercayai telah pulang ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan antara Brazil dan Mexico, yang bermula pada pukul 3 pagi.
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis yang paling berhampiran selepas mencederakan kedua-dua mangsa.
Isteri suspek yang mengalami luka serius pada paha kirinya manakala tangan kiri pembantu gerai tersebut telah hampir terputus dalam kejadian itu.
Kedua-duanya telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-Via The Star Online