Penyanyi terkenal Jennifer Lopez dikatakan membuat keputusan untuk menarik diri daripada majlis pembukaan Piala Dunia 2014 di Brazil ketika dia dijadualkan menyanyikan lagu rasmi kejohanan itu bergandingan bersama rakan artis, Pitbull dan Claudia Leitte. FIFA berkata dalam satu kenyataan penyanyi rap, Pitbull dan penyanyi Brazil, Leitte akan menyanyikan lagu rasmi yang bertajuk ‘We Are One’ sebelum perlawanan pembukaan tuan rumah, Brazil menentang Croatia di Sao Paulo.
Lopez, 44, telah membatalkan rancangan beliau untuk menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia tahun ini, “We Are One (Ole Ola),” kerana isu penerbitan, kata pegawai FIFA. Wakil penyanyi itu bagaimanapun tidak memberikan ulasan lanjut mengapa Lopez tidak dapat menghadiri majlis itu.