Kata orang, guru ibarat lilin yang membakar diri. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan insan yang bergelar guru ini sendiri sudah cukup untuk menghuraikan betapa besarnya pengorbanan individu yang bergelar seorang guru.
Sedia maklum, 16 Mei adalah tarikh yang dipilih untuk meraikan insan-insan yang banyak memberi sumbangan dalam mendidik dan membentuk anak bangsa. Tetapi, sebagai seorang pelajar yang belum punya pendapatan sendiri, menghadiahkan sesuatu hasil kreativiti anda sendiri lebih mempunyai nilai sentimental dan bermakna dalam menunjukkan penghargaan anda.
Ini kami kongsikan beberapa idea untuk diberikan kepada cikgu kesayangan anda.