Koleksi Musim Panas Adidas 2014 kali ini menampilkan penyanyi Selena Gomez yang juga seorang ikon gaya global sebagai pereka jemputan, di bawah koleksi NEO Label.
Sebanyak 27 rekaan telah dilancarkan dilihamkan daripada gaya jalanan gabungan rona merah jambu lembut dan monokrom.
Koleksi ini juga memperlihatkan rekaaan jumpsuit, seluar pendek high waist , cardigan dan juga kasut sebagai gaya utama. Keseluruhannya koleksi Musim Panas 2014 daripada Selena ini adalah koleksi yang bersifat girly, manis dan funky.