Mondelez Malaysia, pemilik dan pengelola beberapa jenama ikonik terkemuka kegemaran ramai seperti Oreo, Tiger Biskuat, Jacob’s, Chipsmore, Cadbury Dairy Milk, Choclairs dan Twisties, baru-baru ini bekerjasama dengan syarikat pembekal makanan halal dalam penerbangan Malaysia yang terbesar di dunia, Brahim’s Airline Catering (BAC), untuk mempamerkan sajian masakan tempatan yang disediakan mengguna bahan-bahan dari jenama terkemuka tempatan. Acara yang pertama kali seumpamanya diadakan ini telah memperlihat betapa mudah menyedia sajian masakan rumah yang bermutu tinggi dengan mengguna produk keluaran Mondelez Malaysia.
Mondelez Malaysia, pengeluar makanan snek global yang mengekalkan tradisi warisan dalam ciri-ciri mutu, keselamatan dan keenakan, adalah majikan dan pengeluar produk biskut dan snek terbesar di Malaysia. Syarikat ini telah sekian lama komited menghasil inovasi berterusan dengan memberi tumpuan tunggal: Mencipta Saat Riang yang Enak.
Bagi menjayakan acara ini, Mondelez Malaysia bekerja rapat dengan ketua-ketua tukang masak savuri dan pastri terkenal dari BAC – Chef Fakhrul Mohari dan Chef Scott Belfield. Mereka merupakan ketua tukang masak yang berbakat besar dan profesional serta berpengetahuan secara mendalam akan ramuan masakan, fungsian dan teknik masakan dan boleh mencipta, mereka bentuk dan memperkenal pelbagai juadah yang sedap serta sesuai dengan selera dan keraian adat resam setempat, dengan hanya mengguna adunan bahan daripada jenama kegemaran utama Malaysia.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan BAC, yang diperakui kehebatan di peringkat global sejak berdekad lamanya dan telah memenangi anugerah mutu dan kecemerlangan antarabangasa. Disebabkan citarasa orang ramai semakin berkembang dan pilihan juadah masakan serta mereka gemar untuk menjamu lauk pauk pelbagai perisa – maka kami membuat keputusan untuk meneroka peluang kerjasama dengan ketua tukang masak BAC bagi mencipta buku resipi yang mengandungi ramuan menggunakan produk keluaran Mondelēz International seperi Philadelphia Cream Cheese, Chachos, Toblerone dan Oreo bagi mencipta sajian masakan dan juadah hidangan rumah yang enak, bermutu tinggi dan mudah disediakan,” kata Naveen Keswani, Pengarah Jualan di Mondelez Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mondelezinternational.com dan www.facebook.com/