1. Model Miranda Kerr mengggunakan lipbalm sebagai shimmery highlighter di bahagian mata .
Pakar : Boleh cuba! Letak lip balm kosong pada bahagian sudut dalam mata.
2 . Jennifer Love Hewitt ubati jerawat dengan ubat gigi
Pakar : Jangan! Kandungan Kalsium Karbonat dalam ubat gigi memang boleh mengeringkan jerawat tetapi tiada kandungan yang boleh menentang jerawat dan kandungan detergen juga boleh merengsakan kulit.
3. Lady Gaga menggunakan tape untuk tanggalkan mekap mata
Pakar : Boleh cuba tetapi dengan langkah berhati-hati. Mekap mata memang mekap yang paling susah ditanggalkan terutamanya yang mengandungi glitter. Tape boleh mengatasi masalah ini. Tape jenis fabrik lebih lembut pada kulit. Namun jika kulit anda jenis sensitif, dinasihatkan tidak menggunakan cara ini sebaliknya guna sahaja penanggal mekap biasa.
4. Sienna Miller guna sos tomato perbaiki ketidak sempurnaan rambut yang diwarna.
Pakar: Jangan ! kesan inai atau warna rambut tidak mudah ihilangkan begitu mudah.
5. Miranda Kerr lebih suka menggunakan sudu berbanding pelentik bulu mata
Pakar : Boleh cuba! Untuk hasil terbaik, panaskan sudu terlebih dahulu dengan air panas atau pengering rambut. Dengan bahagian dalam sudu menghadap ke atas, guna ibu jari untuk tolak bulu mata naik ke atas permukaan sudu mengikut lengkung sudu.
– Via