KKBOX menetapkan kehadirannya di Asia sebagai sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama, dengan mengumumkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan, yang hanya boleh didapati di Malaysia dan direka khas buat penggemar muzik. Dengan pelan harga serendah RM1, para pengguna kini boleh menikmati muzik tanpa had, dan akses koleksi muzik melalu telefon pintar, komputer peribadi dan tablet di atas dan di luar talian.
KKBOX mewujudkan ‘citarasa tempatan’ dalam kesemua kandungannya yang didapati secara dalam talian (online) melalui Antarmuka Pengguna atau User Interface (IU) baru berdedikasi yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, KKBOX memperkenalkan ciri-ciri dan aktiviti untuk untuk pengguna di mana mereka boleh berinteraksi, berkongsi muzik dan bernyanyi bersama-sama dengan artis tempatan yang paling disayangi.
FAKTA PRODUK KKBOX
Muzik tanpa had – Dengar lebih 10 juta lagu yang menampilkan pelbagai adunan muzik dari antarabangsa, melayu, cina, korea, jepun dan pelbagai lagi.
Muzik dimana saja – Nikmati akses muzik tanpa had merentasi pelbagai peranti termasuk telefon pintar, pc dan tablet.
Dengar bersama artis – Dekati artis kesayangan dan rakan-rakan melalui fungsi rangkaian sosial baru KKBOX ‘Dengar Bersama’, di mana pengguna boleh berbual dan strim muzik bersama rakan atau artis kegemaran.
Karaoke secara spontan – Pengguna boleh nikmati pengalaman berkaraoke serta merta dengan menukarkan peranti jadi sebuah peti muzik karaoke.
Kongsi muzik – Pengguna hanya perlu log masuk melalui akaun Facebook atau Twitter untuk berkongsi lagu kegemaran, album dan senarai lagu bersama kawan-kawan.
Pakej Langganan Dan Kaedah Pembayaran KKBOX:
- Pakej KKBOX – 1 Hari
- Harga – RM1.00
- Kaedah Pembayaran – Perbankan Online, Digi
- Pakej KKBOX – 7 Hari
- Harga – RM4.90
- Kaedah Pembayaran – Perbankan Online, Kad Kredit, Digi, e-Pay, Paypal, offgamers
- Pakej KKBOX – 30 Hari
- Harga – RM14.90
- Kaedah Pembayaran – Perbankan Online, Kad Kredit, Digi, e-Pay, Paypal, offgamers
- Pakej KKBOX – 90+5 Hari
- Harga – RM44.70
- Kaedah Pembayaran – Perbankan Online, Kad Kredit, Digi, Paypal
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KKBOX Malaysia di KKBOX: Let’s music! dan Facebook rasmi KKBOX | Facebook.