Seiring pertambahan usia,risoko untuk mendapat kecederaan kulit juga turut meningkat . Kulit Anda lebih tipis, lebih rapuh, dan lapisan lemak yang bertindak sebagai pelindung kian hilang. Selain itu, kemampuan anda untuk merasakan sentuhan, tekanan, getaran, panas dan dingin juga berkurangan .
Penuaan kulit juga berlaku apabila hormon dan enzim telomerase dalam sel kita berkurangan. Kekeringan kulit akan berlaku lebih jelas dan garisan penuaan lazimnya berlaku di sekitar bibir dan mata. Kawasan mata juga akan tampak bengkak berikutan perubahan hormon atau berlakunya proses menopaus. Kekurangan kolagen juga menjadikan kulit lebih sensitif dan kering.
Untuk membantu wanita-wanita berusia 40- an dalam penjagaan kulit wajah dan badan mereka, kami sediakan beberapa tips untuk anda.
1. Pelembapan dan penghidratan
- Krim pelembap yang “berat” ( kandungan bahan pelembapan yang tinggi)
Memandangkan kulit anda mengalami kekurangan estrogen, secara tidak langsung, kulit anda juga semakin hilang kelembapan semulajadinya. Jadi untuk mengembalikan pelembapan kulit anda, kulit anda perlukan pelembap yang sedikit “berat” . Pada peringkat ini, kulit anda sudah krang mengeluarkan minyak seiring dengan pengurangan penghasilan estrogen, jadi anda tidak lagi perlu risau tentang masalah jerawat.
- Minum banyak air
Penurun penghasilan estrogen juga akan menipiskan kulit anda. Sebelum proses menopaus, estrogen menyebabkan kulit anda kekal elastik, tebal dan segar. Namun apabila bermulanya waktu putus haid, tahap estrogen akan semakin menurun dan dan menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik. Jadi minum banyak air untuk mengekalkan hidrasi kulit anda.
2. Makanan anti penuaan
- Ambil vitamin A, B3,C,E dan K
Vitamin A, B3, C , E dan K adalah jenis vitamin yang dikenal pasti sebagai vitamin yang baik untuk kulit. Vitamin A untuk mengurangkan kedutan , B3 untuk mengurangkan kesan kemerahan dan meningkat hidrasi, Vitamin C untuk anti penuaan dan tompok hitam, Vitamin E membantu proses pelembapan kulit juga menyokong pertahanan UV kulit dan Vitamin K untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
- Banyakkan makan ikan untuk mendapat kandungan lemak asid Omega- 3
Lemak semulajadi badan akan membantu permukaan kulit anda nampak lebih segar dan terisi. Namun semua ini sudah semakin kurang pada usia ini. Lemak diet juga meningkatkan kesihatan kulit dengan menyuburkan sel-sel kulit asid
lemak adalah satu komponen penting sel membran
. Sel tersebut seterusnya membantu mengekalkan kelembapan dan menegangkan kulit. Perolehan minyak dalam diet anda akan membantu mengatasi masalah kedutan pada kulit. Lemak ini boleh didapati daripada ikan salmon, sardin dan herring.
- Antioksidan
Selain vitamin A, C dan E yang kaya dengan antioksidan, beberapa sumber lain seperti kopi ,koko teh hijau dan teh putih juga adalah antara yang kaya dengan antioksidan dan mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan. Kandungan yang terlibat dalam antioksidan ini adalah catechins
dan epicatechins. Selain itu, teh putih telah ditunjukkan untuk menghentikan tindak balas enzim yang memecahkan kolagen dan elastin.
Baca juga : 10 Buah-Buahan Terbaik Untuk Anti Penuaan
3. Kurangkan guna alat solekan
Bedak asas yang tebal akan membuatkan garis penuaan akan kelihatan dengan lebih jelas lagi. Tambahan pula, kandungan alat solek juga akan lebih memudaratkan keaadaan kulit kerana pada peringkat ini kulit sudah semakin menipis, menjadi sensitif dan daya perlindungan semulajadi kulit juga sudah semakin mengurang. Jadi kimia dalam bedak padat yang kasar boleh menghasilkan penampilan yang bertompok dan pengilatan yang ada dalam produk ini mungkin menyerap ke dalam kulit dan tambah menjejaskan tisu dalaman. Sebaliknya, gunakan produk penjagaan kulit jenis krim dan menghidrat yang tidak menjelaskan garis usia tetapi menjadikan kulit nampak licin dan lembut. Dapatkan alat solek yang mengandungi bahan seperti petrolatum dan glycerin.
4. Guna rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan
Seperti juga ketika anda berusia belasan tahun, 20-an dan 30-an, rutin penjagaan kulit seperti pembersihan, ton dan melembap masih perlu diteruskan. Cuma, fokus kepada produk anti-penuaan, lupakan produk seperti produk pencerahan kulit , pengawalan minyak dan sebagainya kerana masalah kulit tersebut bukan lagi tumpuan anda buat masa ini.
Baca : 10 Tips Kecantikan Wajah Dari Pakar + Sesi Spa Ratu Sehari Bersama Rozita Che Wan
Produk yang mengandungi bahan seperti alpha hydroxy dan retinoids adalah antara yang disarankan kerana bahan ini akan membantu memudarkan kesan kedut dan garis halus di samping merangsang penghasilan kolagen. Jangan lupa sentiasa pakai krim tabir suria sebelum keluar rumah. Ancaman sinaran UV akan mempercepatkan lagi proses penuaan.
Baca : Produk Anti Penuaan Terbaru Dari Jenama Terkemuka Sk-Ii : Sk-Ii Stempower Essence
5. Fokus pada kulit bahagian sekeliling mata
Kedutan dan garis halus lebih jelas kelihatan pada bahagian ini. Terdapat banyak krim penjagaan khusus untuk mengurangkan masalah ini. Selain itu anda juga boleh mencuba cara tradisional yang boleh mudah dilakukan di rumah, Baca : 6 Bahan Untuk Kurangkan Mata Sembap – Tanpa Kos Yang Tinggi . Pemakaian kaca mata hitam ketika cuaca panas juga boleh membantu masalah ini kerana anda cenderung untuk menahan dan mengecilkan mata ketika menahan sinaran matahari. Tabiat seperti ini juga akan mengeruhkan lagi masalah ini.