Seorang lelaki yang tergamak mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, Johor , sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.
Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, telah ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sekitar jam 7.41malam kelmarin sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Masalah mental mungkin tidak menjadi masalah tumpuan di Malaysia. Walau bagaimanapun kami percaya ia merupakan penyakit yang amat berbahaya jika tidak diberikan perhatian dari segi kaedah perubatan. Menurut satu laporan yang dikeluarkan di Malaysian Insider, kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal mengalami penyakit mental menjelang 2020. Golongan yang berusia di dalam lingkungan 50 tahun ke atas cenderung menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi
Kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.