Cemburu adalah punca utama dalam persaingan antara saudara kandung. Apabila salah seorang dalam keluarga mempunyai perasaan cemburu, dia akan sentiasa cuba membandingkan dirinya dan mencetuskan perkelahian dengan saudara kandungnya yang lain.
Cemburu boleh terjadi mungkin disebabkan kepada beberapa faktor, ibu bapa membanding bezakan adik beradik atau mungkin juga merendahkan kebolehan dan banyak lagi. Tetapi yang selalu ialah situasi di mana membanding beza berlaku di antara adik beradik.
Sebagai contoh membanding bezakan adik beradik : “Apa nak jadi kau ni… lihat si Ali tu, tiap kali petang pasti dia balik awal. Lepas tu terus mandi, solat dan belajar. Tak macam engkau ni, entah apa nak jadi nanti”.
Diingatkan anak-anak cukuplah tidak suka bila ibu bapa mereka sendiri mengecilkan mereka di depan orang walaupun saudara kandung. Bila ini terjadi, dalam diam timbul rasa cemburu di antara mereka.
1. Menahan diri dari membandingkan tingkah laku
Jangan sekali-kali membandingkan atau memuji tingkah laku anak-anak anda berbeza dengan adik-beradik yang lain, ia boleh mewujudkan tekanan yang berpanjangan.
2. Dengar daripada semua pihak
Cuba dengar dari setiap pihak, bukan untuk judge tetapi untuk hormati pandangan mereka.
3. Jangan sekali-kali membandingkan kerja sekolah
Jika anda mempunyai anak-anak masih kecil, elakkan sikap membandingkan kerja sekolah mereka. Sebagai contoh, si abang memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan manakala si adik sebaliknya. Bila timbulnya situasi sedemikian, ini hanya akan menyemarakkan kebencian sahaja.
4. Jangan sesekali menggelarkan seseorang dengan gelaran yang buruk
Sebagai contoh, gemuk, pendek, hitam, muka berjerawat dan sebagainya. Ini sangat tidak adil bagi mereka.
5. Memupuk kekuatan yang unik bagi setiap adik-beradik
Setiap adik beradik punya minat dan bakat lain-lain. Sebaik-baiknya, anda perlu memupuk kekuatan yang berbeza berdasarkan perangai semula jadi dan minat. Setelah anda mengenal pasti bakat, mencari peluang-peluang untuk memupuk dan mengesahkannya jadi setiap daripada mereka boleh menerimanya.
6. Cuba untuk luangkan masa setiap anak anda
Salah satu cara untuk biarkan anak rasa dihargai ialah dengan menghabiskan masa bersama mereka. Sebagai contoh, jika si adik sukakan muzik jadi luangkan masa mendengar muzik yang dicipta bersama. Anda harus pandai tackle anak anda!
7. Mengukuhkan tingkah laku antara adik beradik
Jangan jauhkan mereka, galakkan mereka bersama, jika adik perempuan sukakan fesyen si kakak, cuba untuk kongsi minat bersama, jangan lokek. Lakukan sesuatu perkara bersama, kerjasama bersama dan pelbagai lagi. Jika anda tidak hargai adik beradik dan habiskan masa bersama, takut silap hari bulan hubungan adik beradik makin jauh.
Sebolehnya yang tua mengalah dengan yang muda, tapi jika masih tidak puas hati cuba cakap baik-baik.