Cuaca jerebu di seluruh negara dilaporkan semakin pulih. Antara faktor yang dikaitkan mempengaruhi pembaikan kualiti udara adalah kerana hujan yang turun semalam dan kelmarin.
Jam 9 pagi semalam. Petaling Jaya mencatatkan tahap penglihatan 400 manakala di Subang dan Sepang 700 m. Namun pada jam 5 petang, Petaling Jaya dan menunjukkan peningkatan sebanyak 8 m dan Sepang sebanyak 10 km.
Setakat 6 pagi tadi ,tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat .
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Banting, yang mencatatkan tahap yang tidak sihat, menyaksikan peningkatan dari 142 pada pukul 9 pagi kepada 147 pada pukul 5 petang. API di Shah Alam juga mencatatkan kenaikan, dari yang sederhana 71 sebelum ini untuk tidak sihat (104) pada jam 12pm, sebelum meningkat kepada 110 pada pukul 5 petang.
Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan mencatat IPU sederhana baik manakala 41 kawasan mencatat bacaan baik.
Kawasan mencatat bacaan sederhana antaranya Muar (57), Kangar (53), Kuala Selangor (60) dan Putrajaya (68) sementara kawasan merekodkan bacaan baik ialah Kuala Terengganu (24), Kuching (19), Seri Manjung (21) dan Alor Setar (47).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk ke portal http:apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU. – Bernama
Sumber : The Star, New Straits Times & Sinar Harian