Bersukan merupakan salah satu aktiviti sihat dalam kehidupan manusia masa kini dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk meningkatkan stamina dan menjaga kesihatan terutamanya golongan wanita. Bagi yang gemar berjoging atau berlari misalnya, kasut merupakan satu komponen penting bagi mereka. Jenama kasut popular antarabangsa, Adidas telah memperkenalkan konsep baru dan inovasi kusyen kasut terbaharu iaitu Kasut Adidas Energy BOOST™ .
Kasut Adidas Energy BOOST ™ menggabungkan manfaat prestasi yang terkini iaitu teknologi kusyen lembut yang responsif dimana ia memberikan anda pulangan tenaga yang tinggi semasa berlari menggunakan kasut ini serta memberikan pengalaman baru buat pengguna kasut hebat ini.
Semua orang mahu lebih banyak tenaga sama ada anda memanaskan badan, berjoging, berlari jarak dekat mahupun di dalam marathon. Untuk kasut Adidas Energy Boost, busa kusyen revolusioner mereka menyediakan tenaga pulangan tertinggi dalam mana-mana produk Adidas.
Konsep asas Energy Boost
Asas BOOST yang inovasi ™ tertumpu pada bahan kusyen pada tapaknya. Berdasarkan proses pembangunan yang dicipta oleh BASF, syarikat kimia terkemuka dunia, bahan berbutir pepejal (TPU) secara literal diletupkan dan bertukar menjadi beribu-ribu kapsul tenaga kecil yang membentuk midsole tersendiri pada kasut. Dengan struktur sel mereka yang unik, kapsul ini menyimpan dan melepaskan tenaga yang lebih cekap dalam setiap langkah.
5 Info Menarik Mengenai Kasut Adidas Energy BOOST ™
1. Kasut ini menggunakan 6 teknologi termasuklah :
- TECHFIT TECHNOLOGY – sokongan atas yang ringan dan fleksibel
- EXTERNAL HEEL COUNTER – Kaunter tumit luar untuk keselesaan berjalan
- EXTENDED TORSION® SYSTEM – untuk integriti midfoot
- WELDED OVERLAYS
- ADIWEAR® – menawarkan ketahanan kasut yang paling maksimum pada pengguna memakai ketahanan
- BOOST FOAM – busa kusyen revolusioner Adidas Boost menyediakan tenaga pulangan tertinggi dalam mana-mana produk Adidas.
2. Bagi yang pernah menggunakan kasut ini, ia menjadi satu pengalaman baharu bagi mereka kerana memang sudah terbukti dengan menggunakan kasut ini semasa bersukan, tenaga yang biasanya digunakan untuk melakukan satu aktiviti selama satu jam boleh dikurangkan.
3. Kasut ini ringan dan membolehkan ianya di bawa kemana-mana sahaja tanpa membebankan pengguna. ( berat sekitar 265 gram )
4. Jika anda menghabiskan masa berjalan di luar rumah , mungkin kaki anda akan merasa berpeluh dan tidak selesa. Dengan revolusi kasut Adidas Boost ini, pengalaman itu mungkin dalam dikurangkan kerana kasut ini tidak akan membuatkan kaki anda panas malah membuatkan anda selesa berjalan atau semasa menggunakannya. Penulis menggunakan kasut ini semasa mengembara di luar negara dan ternyata dengan penggunaan kasut ini, tenaga dapat disimpan dan jarak perjalanan dapat ditambah.
5. Terdapat pelbagai warna kasut Adidas Boost yang boleh dipilih termasuklah warna biru, oren , merah jambu, kelabu, hitam dan sebagainya dengan midsole berwarna putih.
Harga
Kasut Adidas Energy BOOST di kesemua outlet Adidas pada harga RM550 atau layari laman web Adidas Malaysia untuk maklumat lanjut.
Video Mengenai Kasut Adidas Energy BOOST