Cara bermain ‘Flappy Bird’ adalah apabila anda bermain sebagai burung eponim yang perlu terbang melalui jurang antara paip hijau seperti paip Super Mario.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan cara anda perlu tap ( ketuk ) skrin telefon pintar anda untuk menerbangkan burung, dan jika anda menyentuh apa-apa atau tidak cukup tap, burung anda mati serta-merta dan anda perlu memulakan permainan dari awal. Walaupun permainannya mudah tetapi ianya sememangnya memberikan tekanan kepada sesiapa yang mula ketagih terhadap Flappy Bird.
Fenomena permainan mudah alih Flappy Bird dilancarkan pada September di IOS dan Januari di Android. Sejak itu, Flappy Bird telah menjadi produk ketagihan dan ini mendatangkan bimbang kepada pencipta, Dong Nguyen.
Ramai mengkritik beliau kerana permainan itu membawa pengaruh buruk kepada kanak-kanak, ada yang menghadapi tekanan, hilang pekerjaan dan pelbagai lagi.
“Pada mulanya saya fikir mereka hanya bergurau tetapi saya sedar permainan itu benar-benar menyakiti diri mereka.”
Ditanya sama ada beliau mungkin memperkenalkan semula permainan Flappy Bird, beliau berkata ia satu kemungkinan.
“Saya sedang mempertimbangkan,” katanya lagi.
Jika Flappy Bird tidak kembali, penciptanya memberi amaran dan merayu pemain untuk berehat daripada permainan itu. Sejak takedown, ramai klon Flappy Bird telah muncul di aplikasi mudah alih.