Penunjuk perasaan anti-kerajaan di Ukraine telah mengekalkan kawalan sekitar Dataran Merdeka, juga dikenali sebagai Maidan, di Kiev selama beberapa bulan sekarang dan ianya merupakan tunjuk perasaan terbesar sejak Revolusi Jingga pro-Barat pada 2004. Keadaan berubah pada malam Selasa lepas apabila polis cuba memaksa mereka keluar dari kubu kuat mereka.
Pasukan keselamatan telah diberi tarikh akhir iaitu 6 petang pada hari Selasa lepas untuk menyuraikan penunjuk perasaan tetapi hasilnya adalah pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis, yang bermula pada petang Selasa dan ianya berterusan sepanjang malam.
Dataran Kemerdekaan, dijadikan kem bantahan aman selama beberapa minggu. Polis melancarkan serangan terbaru pada hari Rabu jam 4 pagi waktu tempatan dengan kenderaan berperisai, tambak dan meriam air dan kini kelihatan telah berjaya menguasai satu sudut buat kali pertama sejak Disember tahun lepas.
Menurut sumber rasmi Ukraine, jumlah korban di kedua-dua belah pihak telah meningkat kepada 26 orang, termasuk sekurang-kurangnya 14 penunjuk perasaan, 10 pegawai polis dan seorang wartawan. Jalan-jalan yang biasanya tenang di sekitar Dataran Merdeka, berhampiran Pusat Kebudayaan dan Muzium Negara Seni, dinyalakan dengan api sebagai salah satu cara tunjuk perasaan terhadap pasukan keselamatan.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian :
Tunjuk perasaan bermula apabila ahli perundangan membahaskan undian tidak percaya kepada kerajaan berhubung pembatalan perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU). Kerajaan mengkhianati rakyat dengan membatalkan pelan menandatangani Perjanjian Persatuan dengan EU berikutan tekanan Rusia.
Gambar-gambar dari BBC sebelum dan selepras rusuhan anti kerajaan