Tahukah anda terdapat lima jenis gaun yang mesti anda miliki, dari yang formal ke pejabat mahupun ke majlis keramaian.
LITTLE BLACK DRESS – Setiap pencinta fesyen mesti memiliki sekurangnya gaun pendek hitam yang dipanggil Little Black Dress (LBD). LBD mudah untuk disuai padan dengan pelbagai gaya. Seeloknya pilih LBD yang berlengan pendek atau tidak berlengan, agar mudah untuk anda padankannya dengan jaket atau blazer.
GAUN KOKTEL – Selain LBD, apa kata anda mencuba gaun yang persis LBD tetapi cuba pelbagaikan rona warna, tidak hanya warna hitam sahaja, cuba warna terang seperti ungu, hot pink, oren. Potongan kembang (A line) atau yang sendat memeluk tubuh antara gaun yang boleh dipertimbangkan.
TEA DRESS – Potongan dan rekaannya yang tidak terlalu labuh dan singkat (labuhnya di bawah lutut) membuatkan ia sesuai untuk ke pejabat ataupun upacara semi-formal. Tea dress selalunya menggunakan motif floral, nampak lebih manis dan klasik.
GAUN KE PEJABAT – Tidak terlalu singkat, labuh dan ketat. Potongannya mestilah selesa dan pemilihan rona warna juga mestilah bersesuaian dengan persekitaran pejabat. Rekaan gaun pejabat juga mestilah sesuatu yang boleh anda gayakan dari pagi sehingga ke malam.
GAUN PERCUTIAN – Gaun percutian ataupun gaun musim panas. Gaun jenis ini mementingkan keselesaan, pilih rona warna pop ataupun pastel, ataupun lebih menarik lagi yang bercorak.