Adidas oleh Stella McCartney membentangkan koleksi Spring/Summer 2014 dengan pelbagai warna elektrik, gabungan warna terang, retro dan cetakan berani. Memberi tumpuan kepada struktur feminin yang anggun dan inovatif, menyatukan nilai estetika dengan gaya yang menonjol.
Menurut Stella McCartney, koleksi musim ini lebih diilhamkan oleh landskap bandar, nada warna dan dimensi latar langit. Yang menariknya koleksi pada kali ini ianya bukan sahaja menggunakan kapas organik, benang kitar semula dan teknologi pewarna kering tetapi juga usaha untuk mengurangkan sisa lebihan.
Gunakan elemen color block untuk rekaan pakaian ketika berbasikal, warna lembut ketika sedang workout dan yoga juga pakaian renang gunakan tona warna lembut.