Sony Mobile Communications, penaja rasmi Piala Dunia FIFA telah memulakan kempen “We Are One”. Kempen tersebut dimulakan dengan peraduan kiriman video dimana seorang peminat bertuah akan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ke Piala Dunia FIFA Brazil™ dan bakal ditaja sepenuhnya.
Bermula 20 Januari 2014, para peminat FIFA World Cup dari seluruh negara boleh menghantar penyertaan dengan memuatnaik video kreatif yang menunjukkan semangat dan minat anda terhadap sukan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membentuk kelab peminat sendiri dan reka warna pasukan anda, dan ekspresikan sokongan seperti menyanyi, menari , bersorak dan sebagainya di dalam video tersebut. 10 video terbaik akan dipilih dan seterusnya akan diundi oleh orang ramai untuk menentukan pemenang tempatan. Seterusnya, undian akan dilakukan sekali lagi untuk menentukan pemenang serantau yang bakal ditaja ke Sao Paolo, Brazil untuk merasai pengalaman ke Piala Dunia FIFA 2014.
Penyertaan peraduan ini dibuka bermula 22 Januari 2014, dan akan ditutup pada 24 Februari. Terma dan syarat peraduan akan diumumkan di We Are One microsite. Sila layari laman tersebut dan jadilah sebahagian daripada komuniti ” We Are One” dan anda akan menerima semua maklumat terkini tentang ” We Are One”.
Laman web : www.weareonesony.com
Facebook : https://www.facebook.com/
Hashtag Twitter : #WeAreOneSony